Wednesday, July 1, 2009

perempuan oh perempuan...

smlm seharian aku jaga booth utk pameran INC '09 kat PWTC.. tak sempat utk tgk email, chat, n mcm2 lagik... sbb letih sangat. huhuhu, hari ni ileks skit. hehehe, jadi sempat la aku bkk email2.. bnyak siot email2 yg dpt. hahaha, thanks guy (bnyak email yg forward) ada yg lawak, ada yg sedih, ada yg boleh membangkitkan keinsafan.. antara email yg aku amat suka dtgnya drik seorg sahabat aku saudara apis nie.. wahahaha.. bg aku, email nie sempoi dan penuh makna tersirat.. aku share dgn hangpa semua.. heheheheh

perempuan oh perempuan.....

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! atau WATEVA!(dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH atau WATEVA (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk. Itupun kalau si dia mahu sejuk. jika tidak, alamat tidur tak lenalah anda malam ini.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama atau sambutlah kasihnya dengan seribu makna.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.


p/s: bru aku paham.. wahahahahaha, tenkiu apit!!!

aku pening

aku pening skrg... hahahaha, kerana secara tak sengaja dpt taw bnyk menda yg sepatutnya aku taktaw. heran kan manusia ni. dlmnya lain. luarnya lain. aku semakin konpius dgn rakan2 ku skrg.. mcm tak pecaya pun ada. jadi aku pun mula perhati, mula mencari kebenaran, mula pasang jerat. kebnyakan mengena, tp tu la dia, bila dah taw kebenarannya, apa yg ptt kita buat?? ramai org kata, yg terbaik; kebenaran itu haruslah ditelan walau ia pait sekalipun.. ubat. pait. tp kena mkn jugak. aku? nk telan ka tidak. masalahnya skrg aku tak ptt amek taw, tp dah tertaw. hahahaha.. mmg carik bala n penyakit betoi.. manusia... manusia...

p/s: curiousity kill da cat.. org putih kata. aku suka kucin kaler itam skrg, tp takmao kucing itu aku dan aku mati sbb curiosity aku yg melampau nie... tp kdg2 syok jugak tgk org memperBODOHkan diri sendiri... baik konon..... hahahahaha