Thursday, September 2, 2010

setahun dah berlalu

salam semuanya,

seperti yg aku bitaw smlm, banyak yg terjadi dlm tempoh setahun nie.. jadi aku sum up kan semuanya sekali na, malaih aku nk crita panjang2... hehehehe

3bulan sebelum kawen, lutut aku berbalut simen...

hujung tahun 2009 kawen.. hehehe

pas kawen terpaksa berjauhan dgn adik mnis.. huhuhuhu, kekangan kerja masing2.. aku kat bangi, adik manisku di kedah.. huhuhuhu
pastue aku masuk umah baru aku kuaters sri mint.. tempatnya best cuma agak kecil shj, seswai la dok sorg2 kat bangi.. huhu T_T

n now aku berpindah ke putrajaya.. presint 15, mmg best. umah idaman, tp hanya mampu menyewa kuaters lagi.. takpa, ada rezeki lebey aku akan beli teruih umah tue. aritu geng BPH ada wat survey pasai cadangan utk jual lot apartment, tak taw lagik perkembangan terbaru depa..

sekian sum up dlm setahun.. hehehe, nie menda major yg berlaku dlm idup aku sepanjang SETAHUN menghilang.. kot2 ada lagik yg aku teringat, aku akan tambah lagik.. ciao! XD

Wednesday, September 1, 2010

kembali semula dgn azam yg baru

aku nk kembali berbelog la.. hehehehe.. bnyk yg disampaikan, diceritakan sepanjang SETAHUN hilang.. aku kini adalah seorg SUAMI.. hohohoho... bnyk yg terjadi dlm SETAHUN ni... nnt2 ah aku update len.. ciao! XD

Wednesday, July 1, 2009

perempuan oh perempuan...

smlm seharian aku jaga booth utk pameran INC '09 kat PWTC.. tak sempat utk tgk email, chat, n mcm2 lagik... sbb letih sangat. huhuhu, hari ni ileks skit. hehehe, jadi sempat la aku bkk email2.. bnyak siot email2 yg dpt. hahaha, thanks guy (bnyak email yg forward) ada yg lawak, ada yg sedih, ada yg boleh membangkitkan keinsafan.. antara email yg aku amat suka dtgnya drik seorg sahabat aku saudara apis nie.. wahahaha.. bg aku, email nie sempoi dan penuh makna tersirat.. aku share dgn hangpa semua.. heheheheh

perempuan oh perempuan.....

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! atau WATEVA!(dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH atau WATEVA (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk. Itupun kalau si dia mahu sejuk. jika tidak, alamat tidur tak lenalah anda malam ini.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama atau sambutlah kasihnya dengan seribu makna.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.


p/s: bru aku paham.. wahahahahaha, tenkiu apit!!!

aku pening

aku pening skrg... hahahaha, kerana secara tak sengaja dpt taw bnyk menda yg sepatutnya aku taktaw. heran kan manusia ni. dlmnya lain. luarnya lain. aku semakin konpius dgn rakan2 ku skrg.. mcm tak pecaya pun ada. jadi aku pun mula perhati, mula mencari kebenaran, mula pasang jerat. kebnyakan mengena, tp tu la dia, bila dah taw kebenarannya, apa yg ptt kita buat?? ramai org kata, yg terbaik; kebenaran itu haruslah ditelan walau ia pait sekalipun.. ubat. pait. tp kena mkn jugak. aku? nk telan ka tidak. masalahnya skrg aku tak ptt amek taw, tp dah tertaw. hahahaha.. mmg carik bala n penyakit betoi.. manusia... manusia...

p/s: curiousity kill da cat.. org putih kata. aku suka kucin kaler itam skrg, tp takmao kucing itu aku dan aku mati sbb curiosity aku yg melampau nie... tp kdg2 syok jugak tgk org memperBODOHkan diri sendiri... baik konon..... hahahahaha

Sunday, June 28, 2009

demam selsema

ufh.. dah 3hari selsema... teruknya rasa.. mkn tak dak rasa. tuhan tarik nikmat rasa. huhuhu, mungkin kifarah atau pencuci dosa2 kecil. tuham tak akan menganiyai seseorg hamba di luar kemampuan dirinya sendiri. huhuhuhu, but still, terseksa idung tersumbat.. huhuhuhu

bru hari ni ada masa nk update blog aku. so far alhamdulillah dpt lagi kekalkan "kepanasan" menulis blog. kena try disiplinkan diri r. huhuhu...

jumaat aritu aku kena p MOSTI, ada ceramah ttg isu makanan halal yg dibentangkan oleh en. amri dri HDC, Halal Industry Development Corp. dulu under jakim skrg telah dikorperatkan. bguih betoi apa yg dibentangkan tue. makanlah makanan yg baik2.. nk taw lebey lanjut hangpa p lawat laman depa kat sini --> http://www.hdcglobal.com/portal/

pastue sabtu aku p senam seni kat dataran merdeka. perghhhhh, kena bangun awai kul 4.30am.. kL-bangi takla jauh sangat tp tkt jem. kena gerak awai sbb peserta senam seni tue ada 11ribu org. gila la wei... ramai tue. mulanya aku ingat senam seni nie tak best. rupa2nya amatlah best!!!! seyes ckp. best!!!!! kalah poco2.. bangga aku jadik anak malaysia. dia gabungkan tarian semua kaum kat malaysia.. penat+letih+syok. hahahahaha..tak dpt gambarkan. best siot. bestttttttttt!! berapa kali aku kata best?? banyak best!!! teruja nie! wahahahaha.. senam seni tue dirasmikan oleh PM m'sia yg ke 6. satu malaysia tema dia. aku tak berapa paham sangat tema nie. agaknya mcm malaysia malaysian yg diperjuangkan oleh lee kuan yiew dulu kot? huhuhuh..

tghari sabtu tue plak aku p kenduri umah falin dan beberapa kwn aku.. 3kenduri sekaligus. abeh diet aku.. huhuhuhu, aku rakamkan setinggi harapan dan doa kepada mereka semua, raja dan permaisuri sehari tue, semoga berbahagia sepanjang hayat. perkahwinan adalah suatu ibadah. ingat tue! ibadah dan amanah. ku plak bila lagik? tgh menghitung hari ni.. heheheheh

ahad. dok umah sepanjang hari. men mafia wars, tido, men mafia wars, tido blek. penat n letih bdn aku. huhuhuh sumanya gara2 selsema nie. tak demam tp selsema saja. mcmana tue? aku pun tak reti nk xplain. huhuhuhu. nie suma pasai kegilaan aku bermain boling d alamanda r nie. p sana tgh mlm. tak pakai sweater. sejuk. esk pagik idung tersumbat. huhuhuhuhu. pdn muka aku... huhuhuhuh

the end

Thursday, June 25, 2009

25hb...

hohohoho, hari nie gaji. amat seronok, dunia ku kembali bernafas... namun hanya utk 3jam pertama shj... huwaaaaaaaaaaaaaa....

p/s: kena berjimat cermat... ada lagik 25hari utk refill energy. huwaaaaaaa

Wednesday, June 24, 2009

balik kampung.. oh yeah!

hehehe.. tadik bru p submit borang cuti. aku nk balik kg 2hb-6hb. 3 hari tue cuti.. awat?? saja nk jumpa mak abh n org kampung sekalian.. dah lama rasanya tak balik kg.. huhuhuhu... dulu ptg2 men bola dgn team kg seberang terus FC. mmg best. time tue la aku belajar erti "GATTUSO". wahahahaha.. dan sekarang berkat drpd pengalaman tue aku makin terer dan hebat kini. wahahahaha.. pastue nk jumpa kwn2 lama. sori guys, ada yg tak sempat aku hadirkan diri kenduri hangpa. huhuhuhu, tawu hangpa rasa ralat. skrg nie nk tebus balik r. jgn r kopak aku kaw2 sangat.. wuwuwuwuw

p/s: rindu nk jumpa si dia yg mencurik hati ini...