Wednesday, July 1, 2009

perempuan oh perempuan...

smlm seharian aku jaga booth utk pameran INC '09 kat PWTC.. tak sempat utk tgk email, chat, n mcm2 lagik... sbb letih sangat. huhuhu, hari ni ileks skit. hehehe, jadi sempat la aku bkk email2.. bnyak siot email2 yg dpt. hahaha, thanks guy (bnyak email yg forward) ada yg lawak, ada yg sedih, ada yg boleh membangkitkan keinsafan.. antara email yg aku amat suka dtgnya drik seorg sahabat aku saudara apis nie.. wahahaha.. bg aku, email nie sempoi dan penuh makna tersirat.. aku share dgn hangpa semua.. heheheheh

perempuan oh perempuan.....

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! atau WATEVA!(dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH atau WATEVA (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk. Itupun kalau si dia mahu sejuk. jika tidak, alamat tidur tak lenalah anda malam ini.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama atau sambutlah kasihnya dengan seribu makna.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.


p/s: bru aku paham.. wahahahahaha, tenkiu apit!!!

aku pening

aku pening skrg... hahahaha, kerana secara tak sengaja dpt taw bnyk menda yg sepatutnya aku taktaw. heran kan manusia ni. dlmnya lain. luarnya lain. aku semakin konpius dgn rakan2 ku skrg.. mcm tak pecaya pun ada. jadi aku pun mula perhati, mula mencari kebenaran, mula pasang jerat. kebnyakan mengena, tp tu la dia, bila dah taw kebenarannya, apa yg ptt kita buat?? ramai org kata, yg terbaik; kebenaran itu haruslah ditelan walau ia pait sekalipun.. ubat. pait. tp kena mkn jugak. aku? nk telan ka tidak. masalahnya skrg aku tak ptt amek taw, tp dah tertaw. hahahaha.. mmg carik bala n penyakit betoi.. manusia... manusia...

p/s: curiousity kill da cat.. org putih kata. aku suka kucin kaler itam skrg, tp takmao kucing itu aku dan aku mati sbb curiosity aku yg melampau nie... tp kdg2 syok jugak tgk org memperBODOHkan diri sendiri... baik konon..... hahahahaha

Sunday, June 28, 2009

demam selsema

ufh.. dah 3hari selsema... teruknya rasa.. mkn tak dak rasa. tuhan tarik nikmat rasa. huhuhu, mungkin kifarah atau pencuci dosa2 kecil. tuham tak akan menganiyai seseorg hamba di luar kemampuan dirinya sendiri. huhuhuhu, but still, terseksa idung tersumbat.. huhuhuhu

bru hari ni ada masa nk update blog aku. so far alhamdulillah dpt lagi kekalkan "kepanasan" menulis blog. kena try disiplinkan diri r. huhuhu...

jumaat aritu aku kena p MOSTI, ada ceramah ttg isu makanan halal yg dibentangkan oleh en. amri dri HDC, Halal Industry Development Corp. dulu under jakim skrg telah dikorperatkan. bguih betoi apa yg dibentangkan tue. makanlah makanan yg baik2.. nk taw lebey lanjut hangpa p lawat laman depa kat sini --> http://www.hdcglobal.com/portal/

pastue sabtu aku p senam seni kat dataran merdeka. perghhhhh, kena bangun awai kul 4.30am.. kL-bangi takla jauh sangat tp tkt jem. kena gerak awai sbb peserta senam seni tue ada 11ribu org. gila la wei... ramai tue. mulanya aku ingat senam seni nie tak best. rupa2nya amatlah best!!!! seyes ckp. best!!!!! kalah poco2.. bangga aku jadik anak malaysia. dia gabungkan tarian semua kaum kat malaysia.. penat+letih+syok. hahahahaha..tak dpt gambarkan. best siot. bestttttttttt!! berapa kali aku kata best?? banyak best!!! teruja nie! wahahahaha.. senam seni tue dirasmikan oleh PM m'sia yg ke 6. satu malaysia tema dia. aku tak berapa paham sangat tema nie. agaknya mcm malaysia malaysian yg diperjuangkan oleh lee kuan yiew dulu kot? huhuhuh..

tghari sabtu tue plak aku p kenduri umah falin dan beberapa kwn aku.. 3kenduri sekaligus. abeh diet aku.. huhuhuhu, aku rakamkan setinggi harapan dan doa kepada mereka semua, raja dan permaisuri sehari tue, semoga berbahagia sepanjang hayat. perkahwinan adalah suatu ibadah. ingat tue! ibadah dan amanah. ku plak bila lagik? tgh menghitung hari ni.. heheheheh

ahad. dok umah sepanjang hari. men mafia wars, tido, men mafia wars, tido blek. penat n letih bdn aku. huhuhuh sumanya gara2 selsema nie. tak demam tp selsema saja. mcmana tue? aku pun tak reti nk xplain. huhuhuhu. nie suma pasai kegilaan aku bermain boling d alamanda r nie. p sana tgh mlm. tak pakai sweater. sejuk. esk pagik idung tersumbat. huhuhuhuhu. pdn muka aku... huhuhuhuh

the end

Thursday, June 25, 2009

25hb...

hohohoho, hari nie gaji. amat seronok, dunia ku kembali bernafas... namun hanya utk 3jam pertama shj... huwaaaaaaaaaaaaaa....

p/s: kena berjimat cermat... ada lagik 25hari utk refill energy. huwaaaaaaa

Wednesday, June 24, 2009

balik kampung.. oh yeah!

hehehe.. tadik bru p submit borang cuti. aku nk balik kg 2hb-6hb. 3 hari tue cuti.. awat?? saja nk jumpa mak abh n org kampung sekalian.. dah lama rasanya tak balik kg.. huhuhuhu... dulu ptg2 men bola dgn team kg seberang terus FC. mmg best. time tue la aku belajar erti "GATTUSO". wahahahaha.. dan sekarang berkat drpd pengalaman tue aku makin terer dan hebat kini. wahahahaha.. pastue nk jumpa kwn2 lama. sori guys, ada yg tak sempat aku hadirkan diri kenduri hangpa. huhuhuhu, tawu hangpa rasa ralat. skrg nie nk tebus balik r. jgn r kopak aku kaw2 sangat.. wuwuwuwuw

p/s: rindu nk jumpa si dia yg mencurik hati ini...

Monday, June 22, 2009

apit oh apit...

Di sebuah rumah setinggan tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelaki, si Apit.
Pada suatu malam si Papa nak menunaikan tanggungjawap kepada si Mama."Sayang, abang nak lagi, Yang". Pelawa si Papa disertai nafas ghairah."Ya bang... tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?"Jawab siMama penuh kerinduan.

Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak."Pit... dah tidur kau pit?.""belum Papa... tengah baca buku.""Sudah...esok saja, dah malam, tidur!!!!"Perintah si Papa dengan tegas.

Kira kira 10 minit kemudian, si Papa teriak lagi."Pit.... dah tidur kau Pit?""Belum...."Si Papa mengemaskan ikatan kain pelikat lalu keluar memarahi dan memukul si Apit."Disuruh tidur....tidurlah! !!" di luku kening si Apit sehingga benjol.

Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya,tentang benjol di keningnya. Berceritalah si Apit dari awal sampai dia dipukul papanya. Lalu gurunya pun mengajar Apit"Malam nanti..kalau ditanya lagi,kamu diam saja.....ya.""Ya.....cikgu". jawab si Apit.

Malam tu, dia terdengar Papanya bersembang dengan Mamanya."Sayang, apa kata kita ke syurga lagi.""Ya bang.....tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum""Pit.....dah tidur kau Pit?.Si Apit teringat pesanan gurunya, maka dia diam saja, daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur."Apit.....dah tidur kau Pit?" ulang Papanya.Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka Papanya terus mematikan lampu.. jadilah gelap gelita.

Si Apit ketakutan setengah mati, tapi daripada benjol, lebih baik dia menahan ketakutannya.Terjadilah 'pertarungan' antara Papa dan Mama yang tidak diketahui oleh si Apit.

Tak lama kemudian Apit terdengar suara Papanya.."Yang...abang nak keluar ni", termengah²"Ya Bang .. kita keluar sama-sama", dia dengar suara Mamanya menjawab.

Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak sekuat hati;"Apit nak ikutt.. Apit nak ikuuttttt"

Esoknya....

Apit BENJOL lagi .......

p/s: aku dpt email nie drik kwn lama aku yg kini kerja kat dubai, muazam mohammad.. hahahahaha..dey macha, hg tue dah parah sangat la kwn... :)

forward email yg mencuit hati!

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya. "Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu.. Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah.. "Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain.. "Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

p/s: teringat xpdc gunung setong dulu.. wahahahahaha

selamat hari abah

abah, angah akan membuktikan kegagalan yg lalu bkn bermakna angah tewas selamanya, maafkan angah kerana banyak mendukacitakan abh dlm membuat keputusan. tp angah berjanji akan memulihkan maruah angah dan keluarga kita..insyaALLAH, angah akan mendapatkannya kembali... terima kasih kerana sentiasa ada bg semangat pada angah utk melangkah kehadapan..
mmg betoi kata abah, idup ini mcm roda kdg2 kita d atas, kdg2 kita d bwh.. dan mmg betoi kata abah, hidup ini jgn dipandang pada satu hala sj. baru kini angah mengerti.. selamat hari abah.. angah mendoakan kesejahteraan abah dunia dan akhirat. terima kasih utk segalanya...

buat abah..

I’m Happy You’re My Dad


I feel safe when you are with me;
You show me fun things to do;
You make my life much better;
The best father I know is you.

You tought me how to fly,
You thought me how to be a man,
You show me what i'm capable of,
You make my life hard to teach me to be a human being
Sometimes i know that i'm stubborn
I get it from your gen anayway.. :)
but,
You are always be my role model
and i'll make sure your dreams will be fullfilled
God bless you MY SAVIOR

I’m happy you’re my Dad
And so I want to say
I love you, Dad, and wish you
A Happy Father’s Day!

Sunday, June 21, 2009

lagu kegemaran

ramai org ada lagu kegemaran depa rite?? tak terkecuali aku. tp aku suka lagu yg banyak unsur tali, piano n alat2 musik tradisional. baru2 nie aku p tgk cita jgn pandang belakang congkak dgn kwn sepejabat aku. best gila cita tue dah lama tak tgk cita melayu. bkn pa, sbb cita melayu nie kdg2 tak berbaloi d tgk. cita ntah apa2..karut dan memualkan (melainkan cita yg mcm LEFTENAN ADNAN n sewaktu dgnnya -- plot sejarah, fakta n mendidik minda). dlm cita jgn pandang belakang congkak te aku minat betoi dgn lagu senandung mlm versi cat farish. hahahaha, yup, lagu tue diubahsuai. versi asal dia dinyayikan oleh j mizan. lynnn.. lagu nie selalu disiulkan oleh arwh tok aku. jadik aku familiar dgn bunyiknya.. hahahahaha..

p/s: tapi buttermusic is oways my 1st choice music.. hehehehe, paduuuuuuuuuuuuu

ke mana aku menghilang???

dah setel bg mukadimah tadik skrg aku nk bgtaw hangpa suma ke mana aku menghilang selama 3bulan lebih nie.. bkn hilang, cuma agak sibuk menyibukan diri sendiri dgn pelbagai aktiviti seorang yg bakal menjadi laki org nie.. hahahaha

antara aktivititi aku yg telah dibuat:

*camping di hutan lipur nuklear sebagai jurulatih bebudak2 KBS, rock climbing di gua kelam (perlis), batu caves (selangor), dan di tambun (perak), water rafting di sedim, memancing di keong bagan lalang (5kali dah p sana tak penah boring)---- yg nie aktiviti outdoors aku, dikala sedang boring

*rutin harian d opis-- outstation di perlis, melaka, johor, terengganu, sarawak (yg nie best 4hari di laut habeh kulitku yg putih gebu nie jadik kaler udang kena panggang..wahahahaha) dan jugak sekitar selangor terutamanya di empangan semenyih (amek semple air..huhuhu)

*menyertai pertandingan--- dragon boat putrajaya (international punya game. ada gambo nnt aku update), liga futsal nuklear malaysia (team aku, the lanun jelebor fc d tempat ke 2 dgn berbekalkan 2game dlm tangan), futsal MOSTI , pertandingan mkn hotdog terbanyak (yg nie sukan paling sempoi sempena hari tabika anak buah aku. aku dpt tempat pertama, 5minit 7hotdog aku telan..gila)

*banyak lagik yg aku lupa.. huhuhuhuh,

itu jer nk bgtaw hangpa. bkn aku takmo update, tp aku terAMAT bz dgn jadual idupku yg padat.. skrg nie pun kwn2 internetku bnyk yg bertanya ke mana aku ilang (terutamanya geng2 plurk) sori guys. hehehehehe, kalo hangpa tanya aku jwb kerana aku lebey suka berckp drik menulih. pasaipa?? sbb tulih nie leceh.. tu ja. tambah plak keyboard komp aku yg bru saja aku tukaq bulan lepas dh mcm nk jem. huhuhuhuh. aku ketok kuat sangat kot? gahahaa

don montel in rage

bodoh!!! mmg bodoh!!! geram aku..blog aku yg lama dah takleh pakai. bangang betoi.. huhuhuhuhu, aku pun taktaw pasaipa. xkan sbb lama tak update terus jadik database error? hampessss... aleh2 ini 1st entri aku utk blog aku yg ketiga??

hahahaha, sebelum nia aku dah ada blog, tapi mls nk update. mls nak tulih. mula2 ja panas, pastue sejuk. mcm taik ayam.. hahahaha...dlm blog sebelum nie, aku ada habaq yg kita kena utamakan bhs melayu baku la.. kurangkan penggunaan bhs inggeris la.. n jugak kena kurangkan bhs yg rojak..tp setelah beberapa ketika, aku pun dah konpius. seorg kwn bgtaw jadik la diri sendre. huhuhuhu..

lama dah tak tulih blog.. jadik mlm nie aku akan bgtaw apa yg korang miss dlm idup aku sejak 3bulan yg lalu..lama tue..wahahahaha, beberapa rakan plurk.com (terutamanya si tunA) asik dok desak aku soh update blog.. natijahnya, hambek nie..blog baru teruih! wakakakaka..

malas betoi aku nk update. sbb utama aku lebey terer berckp dri menulih. mmg hancuss kalo menulih, sbb konpem org akan wat peta tak lama lagik kat bantai... diibaratkan mcm tue la. tambahan aku nie bkn la kreatif sangat dlm mengindahkan halaman blog aku ni. jadik diharap nilai la melalui penulisan aku yg tak seberapa ni..

sekian.. wasalam....